Operahaus, sebuah band pop-punk/post-hardcore moden asal Kulai, Johor terus maju bertapak dan tampil dengan aksi-aksi menarik menerusi video lagu terbaru mereka, ‘Velocity’.
Dalam material terbaru ini, mereka turut berpadu kemeriahan dengan barisan rappers generasi baharu sebanyak 5 orang dari KL iaitu:
– Lil J
– Eddie G
– Beeman
– Malik Abdullah
– Orga
Video lagu yang berkonsepkan kombinasi pop-punk dan trap/hip-hop ini menampilkan adrelina berlatarbelakangkan aksi ‘drift’ jalanan ala Fast & Furious.
Ternyata, Operahaus bukan kaleng-kaleng band.
Mereka kini perlu dianggap band wajah baru yang penuh dinamik dan menjanjikan sesuatu yang segar kepada arena muzik independen tempatan.
Lagu Velocity ini sendiri menampilkan nuansa yang mantap dari segi konsep gaya dan penyampaian.
Vokalis Pejul memberikan gaya tersendiri yang lebih condong kepada pop namun tetap beratitud. Bahagian korus yang singalong digarap padu antara elemen post-punk hardcore dan rentap hiphop.
Mereka sendiri telah melakukan banyak persembahan live sebelum pandemik dan tidak dapat dinafikan kekuatan aksi muzikal mereka. Kini, diharapkan mereka dapat diberi ruang yang lebih besar untuk beraksi secara fizikal di pentas-pentas gig dan festival.
Menariknya, alunan rap dalam lagu ‘Velocity’ ini turut mengandungi versa bahasa Cina oleh Beeman dan Malik manakala bahasa Tamil oleh Lil J dan Orga, menyerlahkan semangat kenegaraan berbilang kaum di Malaysia.
Saksikan kerancakan aksi mereka dalam video ‘Velocity’ arahan Cat Farish ini:
Dengan kemuncunculan terbaru ini, Operahaus membuktikan bahawa kita tidak ketandusan elemen-elemen segar dan ‘vibe’ yang baharu. Inilah antara band generasi kini yang sangat ‘exciting’ untuk dilihat, prolifik dan perlu diberi perhatian semua peminat muzik tanahair.
Dengarkan frekuensi yang meriah dan rancak bergaya daripada Operahaus, ‘Velocity’!