Tambun Bergegar dengan Kebanjiran Barisan Artis Rockers & Independen Menjelang PRU15

oleh Chiv Iscandar
1.3K bacaan

Di Malaysia, agak jarang jika persembahan konsert- konsert melibatkan politik.

Namun, pada pilihanraya umum (PRU) ke-15 yang akan pada esok 19hb November 2022, Tambun, iaitu satu parlimen dalam negeri Perak telah mencatat sejarah bergaya dengan kehadiran banyak artis muzik ternama yang turut serta membuat kemunculan sempena kempen.

Ini pastinya banyak dikaitkan dengan pencalonan presiden PKR, Anwar Ibrahim di kawasan parlimen Tambun tersebut.

Pada 14 November lepas, Awie dan gerombolan otai-otai Rockers Malaya seperti Aris Ariwatan, Ijam Medicine termasuklah Ritz Metalasia telah meraikan Anwar Ibrahim dengan persembahan konsert ringkas beserta selawat di Stadium Mini Manjoi.

Manakala pada malam hari mengundi 18 November pula (malam ini), kumpulan Bunkface, MK K-Clique dan lain-lain juga akan muncul dalam Festival Anak Muda di Meow Garden, Tambun.

Menurut sumber, pihak yang bertanggungjawab mengelola semua serta penganjuran ialah artis komedi Afdlin Shauki yang juga merupakan kenalan baik Anwar Ibrahim.

Positifnya, ia menunjukkan pengaruh muzik dan kesenian sebagai entiti yang menentukan naratif dan membentuk imej dalam sesuatu persaingan politik.

Apapun, diharapkan semua keluar mengundi kerana kita yang menentukan masa depan negara dengan pilihan yang bijak. Selamat mengundi semua!

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅