The A.C.A.B. Imbau Kembali Nostalgia Album This Is The A.C.A.B. Selepas 18 Tahun Dengan Showcase Istimewa

oleh Hamizan Hamsan
313 bacaan

Menyingkap kembali belasan tahun dahulu pada tahun 2006, The A.C.A.B. telah muncul dengan sebuah album yang agak mengejutkan peminat muzik tanah air dan peminat A.C.A.B. khususnya yang mungkin terpinga-pinga dengan genre dan arah tuju baharu mereka yang sebelumnya tersohor sebagai perintis subgenre Oi! yang sangat berpengaruh di Malaysia.

The A.C.A.B – This Is The A.C.A.B. (2006)

Seiring dengan judul album This is The A.C.A.B., mereka turut menjenamakan semula nama band menjadi The A.C.A.B. menandakan bermulanya era baharu band yang yang ditunjangi Megat apabila mengubah ramuan dari muzik keras Oi! kepada indie rock yang lebih lembut dengan alunan-alunan melodi yang mendayu dan beremosi.

Keputusan Megat tersebut sebenarnya sangat tepat di zaman genre tersebut sedang mula meledak di arena muzik tempatan. Walaupun berubah acuan teras dan gaya muzik, album ini telah memberi impak yang besar dan mempunyai gubahan lagu-lagu yang bagus dan mampu membuka ruang mencipta fan base baharu yang lebih besar untuk jenama The A.C.A.B. itu sendiri.

Kini selepas 18 tahun, The A.C.A.B. bakal muncul dengan sebuah showcase mengimbau nostalgia album This is The A.C.A.B. buat peminat setia mereka yang dijadualkan berlangsung pada 1 Jun 2024, bertempat di Bentley Music Auditorium Mutiara Damansara.

Selain Megat, The A.C.A.B. turut dibarisi Edy J. sebagai pemain gitar yang juga ahli asal A.C.A.B. dan Mono di posisi bass yang juga bermain dengan band The Times dan Saturday Heroes sebelumnya. Manakala Irfan pula menggalas tugas di posisi dram. Kesemua ahli asal The A.C.A.B. ini akan muncul bersama demi menjayakan showcase yang akan dianjurkan sekali sahaja ini.

Pihak penganjur juga telah mengumumkan tiket early bird sudah pun habis. Jadi, dapatkan tiket kategori pre-sale segera sebelum kehabisan. Jumpa nanti di acara.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket sila layari pautan berikut:

Laman web tiket: www.myticketempire.com/thisistheacab
Instagram band: www.instagram.com/theacab05
Instagram penganjur: www.instagram.com/acabmalaysia

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅