Dewataraya, sebuah band Progresif Rock di Malaysia bertuah kerana mempunyai tunggak utama yang kreatif seperti Nawi Zharif.
Anak kelahiran Selangor ini bukan sahaja berbakat dari segi penulisan lagu, malah suaranya juga unik. M. Nasir celup orang kabor. Jarang dengar penyanyi baru zaman sekarang bersuara ‘jantan’ macam ni. Lebih menarik, beliau juga bakal melancarkan projek solonya dengan single Dalam Gerimis Kita Keliling Kota pada 25 Jun 2021 ini di platform Spotify dan Apple Music tepat jam 6 petang.
Nawi yang mula bermain alat muzik sejak 2009-2010 sebagai seorang self-taught artist mempunyai gaya penulisan dan komposisi yang unik kerana beliau sentiasa cuba memasukkan pelbagai elemen seperti jazz, rock, dan metal ke dalam lagu-lagu beliau.
Menurut beliau, lagu Dalam Gerimis Kita Keliling Kota mengetengahkan konsep pop balada yang kompleks tetapi mudah untuk dihayati.
“Keunikan lagu ini diserikan lagi dengan kolaborasi bersama dua pemuzik tempatan yang lain untuk merakamkan beberapa bahagian antaranya Ruvi sebagai pemain dram dan Najmi Dewataraya sebagai pemain gitar. Lagu ini telah diadun oleh Fai, seorang sound engineer tempatan yang dikenali ramai.”
Kepada yang menyokong Nawi, pastikan tidak terlepas untuk mendengarkannya pada 25 Jun 2021, jam 6 petang di Spotify dan Apple Music.
Ikuti Nawi Zhariff di: