Setiap 1hb Februari adalah sambutan Hari Wilayah oleh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Walaupun tahun 2021 ini sambutan suram akibat pandemik Covid-19, ia tidak menghalang kita mencoret semula khazanah muzik tanahair yang pernah merakam sejarah dan kisah Kuala Lumpur.
Oleh kerana tidak ada lagu tentang Putrajaya dan Labuan, berikut disertakan ranking lima (5) lagu paling hebat dan epik tentang Kuala Lumpur:
5. Panik Di Kuala Lumpur (The Times)
Lagu kumpulan indie-pop The Times yang diterajui saudara Naza ini daripada album ‘Nada Melankolik Malaya’ (2007). Selain lagu ini, The Times turut mempunyai lagu lain ‘Singapura-Kuala Lumpur‘ yang juga berkisar tentang Kuala Lumpur:
4. Senyumlah Kuala Lumpur (Alleycats)
Abang-abang, pakcik-makcik dan kakak-kakak pasti akan teringat lagu ini oleh kumpulan pop 80-an Alleycats. Lagu ini ciptaan M. Nasir dan lirik puitis ditinta oleh S. Amin Shahab.
Suara vokalis, David Arumugam segar kedengaran hingga hari ini dan antara lagu terulung kumpulan Alleycats.
3. Kotarayaku (Altimet & Noh Hujan)
Lagu keluaran tahun 2011 dengaan gandingan dua rapper ulung iaitu Altimet dan Noh Hujan ini merupakan antem moden tentang KL dari kaca mata generasi milenial. Antara lagu terbaik pada era sekitar 2010-an serta sering menjadi pilihan di corong-corong radio dan media tempatan.
2. Sesat di Kuala Lumpur (Kembara)
Lagu yang mengandungi bait lirik pembukaan yang hebat; “Sesat di Kuala Lumpur… Dosa dan Pahala Bercampur….” ini asalnya nyanyian kumpulan 80-an Kembara (trio M Nasir, S Sahlan dan arwah A. Ali).
Versi asal secara akustik dan ia juga terkandung dalam filem ‘Kembara Seniman Jalanan‘ (1986) arahan Nasir Jani serta menampilkan ikon-ikon 80-an seperti Pyanhabib (Osman Tikus) dan M Nasir sendiri. Sedutan filem:
Pada tahun 2006, lagu ini diberi nafas baharu pula oleh gandingan mantap Amy Search dan arwah Saleem (Iklim):
1. Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur (Malek Redzuan)
Lagu paling antemik tentang Kuala Lumpur pernah dihasilkan. Dinyanyikan oleh Malek Ridzuan iaitu antara penyanyi lelaki tersohor era 80-an, lagu ini mengungkap kisah perantau dari kampung menjelajah dan mencuba nasib di Kuala Lumpur. Bahagian korus lagu ini mengandungi melodi ikonik yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Abang-abang dan kakak-kakak pasti ingat lagu ini kan?
Memang hebat lagu ini, jadi tidak hairanlah….
…pada era milenium, kumpulan Hujan turut membikin semula lagu ini secara Indie-Rock sebagai penghormatan kepada antem ini yang terkandung dalam album mereka ‘Sang Enemy’ (2012).
Kuala Lumpur mungkin membawa berbagai-bagai makna kepada setiap orang dan lirik ‘Sesat di Kuala Lumpur’ pasti mengungkap kisah kejayaan dan kecundang mereka yang terjebak bergelumang di dalamnya – “Mungkin kita kan temui kebahagiaan, Dan mungkin kita akan kecewa, Mungkin kita akan jadi kaya dalam lumpur, Mungkin kita akan terpedaya… di Kuala Lumpur“.
#ChivasAlexandria