Peminat muzik Nu-Metal sudah pasti kenal band yang diberi nama KoЯn. Band asal Bakersfield, California ini telah ditubuhkan oleh barisan anggota kumpulan asal L.A.P.D iaitu James Shaffer (gitaris utama) Reginald “Fieldy” Arvizu (pemain bass) David Silveria (pemain drum) pada tahun 1993.
Tapi penulis bukan nak cerita pasal sejarah penubuhan KoЯn sangat. Tapi pasal asal-usul lagu Korn bertajuk Daddy yang telah dicipta oleh penyanyi KoЯn, Jonathan Davis berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri.
Lagu Daddy dimuatkan dalam album pertama mereka dan dilancarkan pada tahun 1994. Ia merupakan album terbaik yang pernah dihasilkan oleh KoЯn.
Walau bagaimanapun, lagu ke-12 dan terakhir dalam album tersebut bukanlah dari pengalaman terbaik penyanyi kumpulan KoЯn ini.
Kata Jonathan Davis, ia merupakan kisah silamnya yang suatu masa dahulu pernah didera secara seksual dengan jirannya ketika masih di usia kanak-kanak.
Kekecewaannya semakin bertambah teruk apabila pengalaman ngerinya tidak diendahkan oleh ibu-bapanya sendiri walaupun Jonathan dah bagitahu tentang sikap terkutuk jiran mereka itu.
Kini Jonathan berkata beliau tidak lagi kisah tentang sejarah hitamnya kerana telah diabadikan dalam lagu Daddy tersebut bagi memberi sedikit inspirasi kepada pengalamannya untuk dikongsi pada sesiapa yang “memerlukannya.”
Katanya lagi, beliau berpuas hati kerana si pelaku tersebut telah menerima KARMA dan telah meninggal dunia.
AMARAN: Pada yang masih belum tahu kisah di sebalik lagu ini, jika anda ingin mendengar dan memahami lirik lagu tersebut, harap berlapang dada kerana penulisan lirik tersebut agak terganggu banyak.. bukan sikit. 😬
Penulis asal: Azroy