Doomday Will Come : Raw, Dirty, Heavy and Evil

oleh Music Addicts Malaysia
917 bacaan

Kredit: BehindTheBang

Oleh: Risubilly


Sabtu, 4 November 2023 menjadi saksi sebuah gig berjudul Doomday Will Come yang bertempat di Space08000, Sungai Petani, Kedah menampilkan band-band underground berunsur berat, fuzzy dan psychedelic.

Aksi pertama merupakan band The Electric Ape In Stereo dari Ipoh, Perak yang membawa muzik ambient/experimental memberikan rasa misterius dan catchy dalam satu masa. Irama yang mendayu bersama breakdown midwest dimainkan membuatkan penonton mulai mengangguk dan menikmati keindahan muzik luar nalar temponya.

Seterusnya Targun pula mengambil alih pentas dengan menyajikan irama stoner doom/sludge doom yang berat dan mengajak penonton turut sama headbanging. Lagu BERDOSA yang dimainkan pada penghujung persembahan menjadi kesukaan saya pada hari itu. Penonton mulai mengangguk dengan rentak doom yang dimainkan bersama rambut mereka yang panjang mengurai.

Seangkatan dengannya, band Tripping Haze Ceremony dan juga Runtuh selepas itu menyajikan lagu-lagu stoner doom yang berat dan psychedelic membuatkan penonton merasakan macam dalam khayalan sang penyihir ditambah pula mengunyah cendawan ajaib! Kali ini Runtuh berkolaborasi dengan Sin yang memainkan noise iaitu gabungan efek-efek gitar membuatkan bunyi-bunyi chaos dan ear-grinding menambah perisa dalam persembahan mereka.

Tak lupa juga penampilan Raksar yang membawa jenama fuzz rock berasal dari Ipoh, membawa lagu-lagu sukaramai iaitu Bentala dan Kiriman Setan termasuk lagu-lagu baharu dari album mereka yang akan datang. Persembahan mereka amat dikagumi oleh masyarakat utara. Ini bukan kali pertama saya menyaksikan mereka membuat persembahan, namun tak pernah saya jemu dan sentiasa terpegun dengan showmanship dan keghairahan “fuzzchor” mereka. “Akan ku kirimkan jiwamu ke akhirat!!”

 

Lost Control dan Back-D (band terbaharu dari G-Town, Penang) membuatkan anak anak muda berviolence dancing dan crowdkill di serata pelosok venue, seluruh Sungai Petani bergegar dengan rentak beatdown hardcore dan gerakan two-step dari crowds. Suasana menjadi sangat panas kerana crowd mulai naik hantu dengan rentak-rentak beatdown yang berat dengan tuning drop gitar yang jahat membuatkan otak berasa bengang dan geram untuk menghayunkan kaki dan tangan.

Pada lagu terakhir Lost Control iaitu Evil Hands, saya sempat merampas mic dan menjadi co-singer band tersebut. Ini pertama kalinya saya melihat persembahan Lost Control. Syukur kepada tuhan geram daripada album baharu mereka iaitu New World Disorder dapat saya ekspresikan dengan baik walaupun selama ini hanya mendengar di platform YouTube. Ini juga pertama kali saya melihat persembahan Back-D dan kini saya beranggapan mungkin band ini akan menjadi Sunami Malaysia satu hari nanti.

Band terakhir iaitu Ibliss yang ditunggu ramai mengambil alih persembahan dengan menyajikan irama Satanic Doom dengan lagu-lagu popular mereka daripada album terbaharu, Bintang Fajar. Crowd mulai bersingalong bersama mereka menerusi lagu-lagu Sold Your Soul to The Devil dan juga Bintang Fajar yang popular dalam kalangan anak underground.

Pengalaman di Doomday Will Come, Sungai Petani merupakan satu pengalaman yang paling menarik kerana sebagai perantau yang menetap di utara ni saya dapat melihat keindahan scene underground di sini. Ternyata gig is not dead di Sungai Petani! Semoga berjumpa lagi di acara akan datang. Truly looking forward for it.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅