GreenRoom merupakan satu acara baru dan dinamik yang direka khas untuk para peminat muzik dan seni lokal Malaysia. Acara ini akan berlangsung pada 28–29 Jun 2025 di Petaling Jaya dan ia menggabungkan elemen muzik, seni dan komuniti membina satu pengalaman yang imersif dan padu. Terdapat persembahan menampilkan barisan artis tempatan yang akan mengegarkan pentas pada malam 28 Jun, pasar seni dan gaya hidup yang menampilkan 50 vendor tempatan pada 28 & 29 Jun ( masuk percuma) , bengkel-bengkel kreatif dan juga galeri seni sementara khas untuk para hadirin GreenRoom.
Pada petang 28 Jun, persembahan Undercurrent: GreenRoom akan berlangsung di JAMBOX, JAMPJ. Ini merupakan acara muzik kemuncak GreenRoom. Menampilkan artis-artis tempatan yang gempak seperti Sweetass, Midnight Fusic, Spooky Wet Dreams, Hawa dan note/void. Barisan artis ini menjanjikan gabungan hangat indie pop, alt-rock dan bunyi eksperimental yang bakal gegarkan pentas JAMBOX. Tiket telah mula dijual dengan harga RM75 di laman rasmi GreenRoom & Undercurrent.
Lebih menarik, GreenRoom bukan sekadar menampilkan persembahan pentas yang power.
Adanya juga pasar seni PERCUMA yang dibuka untuk seluruh pelusuk masyarakat – menampilkan lebih daripada 40 vendor terpilih yang menawarkan vinyl, pedal gitar custom, kraf tangan, fesyen, makanan, minuman dan pelbagai produk kreatif scene indie tempatan. Pasar seni berlangsung dari 11 pagi hingga 10 malam sepanjang dua hari acara GreenRoom(28,29 Jun).
Pengunjung juga boleh menikmati galeri seni imersif yang menonjolkan bakat-bakat baru dari Dasein Academy of Art dan Tali Art Gallery. Selain itu, ada juga bengkel kreatif hands-on seperti sesi Basic Guitar Setup bersama Rifdi dari Guitar Hospital (hanya menggunakan barangan harian je!), Kelas Asas Rakaman bersama Mokhtarizal dari ISeekMusicStudio, dan bengkel Woodcut yang dikendalikan oleh kolektif seni terkemuka dari Sabah, Pangrok Sulap.
Jika anda ingin menerokai scene muzik tempatan, membeli-belah barang tempatan artisan Malaysia ataupun bersantai dan ‘healing’ dalam galeri seni imersif bersama dengan teman serakan atau berdating dengan potential life partner, tiada tempat yang lebih sempurna daripada GreenRoom.
Jom ke GreenRoom!