Green Room: Malam Semua Rockstar!

oleh Music Addicts Malaysia
283 bacaan

Majoriti penonton yang hadir ke acara Green Room dari kalangan Gen Z. Kredit: Green Room/ Zuhair Zahri

Oleh: Uzai


Tak minta maaf, liar dan tiada tapis. Begitulah hangatnya acara Green Room anjuran Undercurrent baru-baru ini. Crowds yang hadir kebanyakannya mungkin berusia belasan tahun dan awal 20-an. Fesyen yang dipamerkan pula rata-ratanya memang masakini, seakan-akan semua adalah watak utama pada malam itu. Venue Jambox yang bertempat di Petaling Jaya itu memang sejuk dan selesa, mungkin kerana masih baharu. Saiznya agak sederhana kecil berbanding Jiospace.

Not/Void. Kredit: Green Room/ Zuhair Zahri

Note/Void membuka malam itu tampil dengan tujuh orang pemain instrumen dan tiada vokalis. Mereka bawa bunyi-bunyian jazz fusion yang main dengan masa, bukan ikut masa. Terkesima aku sebentar bila tajuk lagu akhir mereka adalah “Horny In New York”. Haha.

Hawa. Kredit: Green Room/ Zuhair Zahri

“Hawa! Hawa! Hawa!”, bergema jeritan pengunjung yang menyeru nama band itu sebelum mereka naik ke atas pentas dan memberi 100 persen sikap I don’t care dalam bermuzik. Vibe yang diberikan memang penuh pendam kesumat terhadap indiestry yang seringkali tidak memberikan mereka peluang untuk menyinar. Sound bass dia memang sangat ‘gemuk’, vokal pula memang datang daripada kalbu yang penuh amarah. Lirik-lirik lagu mereka memang jujur, tak peduli dan tak bertapis. Salah satu kugiran yang perlu diberi perhatian jika pembaca inginkan sesuatu yang raw dan unapologetic.

Spooky Wet Dreams. Kredit: Green Room/ Zuhair Zahri

Spooky Wet Dreams kemudian mengambil alih pentas dengan lagu-lagu yang dibawakan daripada album pertama dan kedua mereka. Setlist yang dibawakan unit ini sememangnya jadi siulan Gen Z pada malam itu dek kerana lagu “Air Mata Buaya” mereka memang meletup di TikTok. Mereka membuktikan bahawa betapa pentingnya penggiat seni era ini untuk menggunakan platform media sosial bagi memaksimakan potensi karya-karya mereka. Mereka menutup persembahan dengan memainkan lagu “Irama Propaganda” yang penuh tenaga. Kudos!

Sweetass. Kredit: Green Room/ Zuhair Zahri

Sweetass tampil dengan gitar merah jambu dan memecah pentas dengan attitude “we are all bangers, no fillers”. Perut aku dah lapar pada waktu itu, tapi disebabkan aura yang dibawakan mereka di atas pentas, membuatkan aku stay. Memang. Sangat. Berbaloi. Siapa yang hadir pada malam itu memang perlukan dua tiga tin Red Bull atau lapan belas espresso shot untuk kekal dalam momentum muzik mereka. Tak disangkal lagi, mereka memang penanda aras bahawa scene indie Malaysia masih relevan untuk generasi akan datang.

Midnight Fusic. Kredit: Green Room/ Zuhair Zahri

Dalam malam yang penuh bunyi liar dan semangat, perut aku pula memilih untuk protest secara solo. Aku tak sempat layan Midnight Fusic yang menutup malam itu kerana gastrik aku melanda. Ruang malam itu terus kekal bersambung sehingga tamat dengan naratif “kami buat peluang sendiri kalau tiada yang ingin buatkan”.

Green Room. Malam itu bukan sekadar hiburan, tapi lebih kepada pantulan sebenar realiti muzik bawah tanah Malaysia. Dalam dunia yang penuh filter, mereka jujur dalam karya dan rasa mereka. Masih ramai orang Malaysia yang inginkan alternatif selain hanya mahu disuap benda-benda mainstream ke telinga mereka.

Kredit: Green Room/ Zuhair Zahri

Jumpa lagi di acara-acara muzik tanah air yang selanjutnya!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅