Tiga hari lepas, scene metal tanah air dikejutkan dengan sebuah perkhabaran epik dari Suffercation bahawa Sam Cromok bakal menyertai mereka untuk album kesepuluh yang telah diberi judul The 10th. Penulis tanpa membuang masa terus mendapatkan Ly Razak (pengasas/ pemain dram) band death metal pertama yang merakam album di Asia Tenggara ini untuk menjawab beberapa persoalan yang mungkin ditunggu-tunggu juga oleh peminat mereka. Baca selanjutnya di bawah.
MAMY : Selepas penampilan istimewa Yan dalam album Altered The Past Future (ATPF) sebelum ni, Suffercation sekali lagi menampilkan legenda metal tempatan, Sam Cromok untuk album seterusnya. Macam mana kolaborasi ni boleh terjadi?
Ly Razak : Sam ni kawan lama. Terjumpa di Facebook, abang terus contact dia. Bagitau nak buat special project dengan dia, memandangkan Suffercation memang tak ada vokalis. Lagipun abang memang suka kelainan dalam setiap album. Album Suffercation semuanya tak sama. Kami lebih kepada music wise dan we plan to go wider and higher!
MAMY : Sebesar mana peranan Sam dalam album baru nanti? Adakah dia akan main bass dan menyanyi dalam semua lagu atau beberapa lagu sahaja?
Ly Razak : Sam memang akan berada di posisi bass dan vokal. Dia akan jadi permanent sessionist dan main semua lagu Suffercation. Inshaa Allah dipermudahkan.
MAMY : Kenapa nak cari gitaris wanita?
Ly Razak : Macam yang abang cakap, we’re planning to go wider and higher. Muzik ni universal bagi kami. Jadi Suffercation nak squeeze in international market dan pergi global serta commercialized. Metal ni bukan underground lagi dan sampai bila nak terperuk? Kami nak jadi sebesar Metallica. Why not?
MAMY : Cerita sikit visi album baru ni macam mana dari segi komposisi, bunyi dan konsep.
Ly Razak : Konsep masih metal tapi kami kena compose lagu sesuai dengan vocal range Sam. Honestly we are going melodic. Selebihnya kena tunggu la…hahahaha.
MAMY : Dari segi penulisan, adakah Sam akan terlibat sama?
Ly Razak : Lagu kesemuanya ditulis oleh Rob Razak dan semua music arrangements oleh abang. Kali ni semua lirik oleh Sam dan abang akan memegang peranan sebagai penerbit juga. Sound mesti la heavy but easy listening. Macam ATPF abang sedikit-sedikit buat sound tak bingit supaya easy listening dan orang boleh enjoy the songs. Suffercation ni selalu main open air, macam-macam peringkat umur datang tengok sebab kami main pun campur dengan band-band dan penyanyi komersial. Jadi dengan composition yang easy listening dan melodic Inshaa Allah mudah diterima ramai. Music is business for us. Biasa la band poser…hahahaha!
MAMY : Kalau ikut trend Suffercation dalam beberapa album kebelakangan, memang Abang Ly dengan Abang Rob je yang kekal, lain semua sessionist. Hampir juga saya ingat Dee (Murder) tu akan jadi vokalis tetap Suffercation tapi dah ada kejutan lain pula. Jadi, adakah untuk projek seterusnya nanti akan kekal dengan konsep macam ni?
Ly Razak : Abang dengan Abang Rob memang founder band Suffercation. Yang lain-lain tu mereka pun taknak permanent. Masing-masing taknak terikat. Jadi lebih senang based on project. Lagi meriah rasanya. Contoh bila show, masa main lagu album ATPF line up lain, masa The 10th line up lain. Crowd pun suka sbb tak statik. Crowd datang nak enjoy, so we give them excitement.
Begitulah sedikit sebanyak informasi yang kami dapat ‘korek’ dari Ly Razak berkenaan album The 10th nanti. Sebagai peminat Suffercation dan scene metal tempatan, apa yang kalian harapkan dari projek ini?
Ikuti Suffercation di: