Late Night Frequency Buka Langkah Pertama Dengan ‘Fun Lust Love’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
3.2K bacaan

Kugiran Pop Synth Malaysia, Late Night Frequency bakal mengeluarkan rilisan single, Fun Lust Love bersama video muzik rasmi (MV) di semua platform streaming atas talian serta tayangan perdana di lawan sesawang TAPAU Asia pada jam 10 malam ini.

Fun Lust Love dipetik daripada album sulung Late Night Frequency, yang turut dikenali sebagai LNF, sebuah band independen dari Putrajaya yang mempunyai pengaruh kuat pop synth dan muzik synthwave. Lagu rentak rancak tersebut mengandungi sentuhan city pop yang memberi anda citarasa 80’an dalam bentuk yang moden. Peneraju kugiran, Moja menulisnya pada awal tahun lalu sebagai satu-satunya terapi minda untuk melalui PKP pertama. Bayangkan bunyian synth elektronik, petikan gitar funk diiringi bunyian drum retro dan melodi vokal yang menarik, bermain di radio kereta anda sambil anda menyusuri lebuh raya, ia pastinya lagu yang paling tepat untuk hiburan and di kala malam.

MV rasmi Fun Lust Love telah dihasilkan dan diterbitkan oleh Juicy Brain dan Alam Bunyian, kolaborasi pertama mereka bersama untuk produksi video. Hasilnya? Gila! MV tersebut telah menggunakan pendekatan sinematik dan penceritaan filem pendek. Ceritanya bermula di kamar tidur karakter utama, seorang perempuan, memasuki dunia fantasi bersama seekor serigala jadian yang nakal secara tidak sengaja, yang kemudiannya dibawa ke dunia kolaj yang mengkhayalkan sebelum berakhir kembali di kamar tidur asalnya hanya untuk menemui serigala jadian tersebut di dunia realitinya. MV tersebut berakhir dengan plot twist yang memberi penonton peluang untuk menghasilkan interpretasi masing-masing. MV rasmi tersebut turut menampilkan peneraju utama LNF sebagai kameo pada permulaan MV untuk beberapa saat, memberikan ia sentuhan yang cantik. Dengan pelakon berbakat Aznie Azmi sebagai pelakon utama, MV rasmi Fun Lust Love dijangka akan menarik perhatian pelbagai pihak.

Baru-baru ini LNF telah membuat persembahan sulung secara langsung di hadapan penonton sempena #HariGigKebangsaan Malaysia yang pertama di acara Disko Senyap anjuran Alam Bunyian, satu gig yang berkonsepkan ‘silent disco’ pada 11 April 2021 yang lepas. LNF turut membuat persembahan livestream mereka yang pertama di Santai Malam anjuran Malaya Roll sehari sebelum, menampilkan peneraju utama LNF membuat persembahan sebagai serigala jadian seperti di dalam MV rasmi mereka. Membuat kemunculan dengan persona Mr Wolf sewaktu persembahan menjadikan persembahan secara langsung LNF satu pengalaman yang istimewa bagi penonton.

Dengan pengeluaran audio rasmi dan MV rasmi Fun Lust Love, LNF kini bersedia untuk pengeluaran beberapa single-single and MV-MV seterusnya, mendahului pelancaran album sulung mereka bertajuk Diskografi yang akan menampilkan dalam 9 hingga 10 trek berbahasa Melayu dan Inggeris dengan kolaborasi bersama artis hip hop seperti Asyraf Nasir, Aiman Nomad dan Ichu. Sementara album masih dalam pembikinan, LNF telah menunjukkan kemampuan mereka untuk menjadi kugiran yang luar biasa di atas talian dan juga gig dan konsert fizikal.

Kugiran yang berasal daripada Putrajaya ini mungkin baru sahaja menapakkan diri dalam industri muzik Malaysia namun, kesemua ahlinya adalah pemuzik yang berpengalaman daripada pelbagai kugiran independen, antaranya termasuklah Monalyssa, Kolar Hijau, Shuuna and A. Limin. Bermula dengan persembahan bawah tanah kecil-kecilan di seluruh Malaysia dan juga Thailand, LNF sudah bersiap sedia untuk menggegarkan industri muzik Malaysia tahun ini, menarik perhatian ramai baik di peringkat lokal mahupun antarabangsa.

Fun Lust Love telah dihasilkan oleh LNF sendiri, diadun dan dimaster oleh Taja Meet Uncle Hussain dari Taja Archive Publishing dan diedarkan oleh Spinnup, pengedar muzik digital yang dimiliki Universal Music Group.

Untuk maklumat terkini, sila ikuti LNF di website mereka sendiri www.latenightfrequency.com, dan semua akaun media sosial mereka;

Youtube

Instagram

Twitter

Soundcloud

Facebook

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅