Ombak Festival, Desaru Meriah dengan Cardigans, Macy Gray, Nile Rodgers, Grace Jones

oleh Chiv Iscandar
401 bacaan

Ombak Festival telah berlangsung selama 2 hari, 14hb – 15hb September di Desaru Coast, Johor. dengan barisan artis-artis superstar antarabanhsa dan lokal.

Cardigans telah menghangatkan malam pertama festival dengan penampilan mereka. Kemunculan mereka telah ditunggu-tunggu oleh banyak peminat mereka dari Malaysia dan Singapura dan malam itu melengkapkan penantian ramai orang.

Lagu-lagu mereka terutama Lovefool (OST Romeo & Juliet) dan Carnival akhirnya berkumandang hebat di bumi Johor sambil disambut meriah para penonton.

Sebelum itu, artis-artis lokal seperti kumpulan Masdo, Aisyah Aziz dan Bunga membuat persembahan pada petangnya.

Malam kedua 15hb September pula menyaksikan satu lagi superstar antarabangsa, Macy Gray yang pernah popular dengan lagu ‘I Try’ pula membuat persembahan. Seperti Cardigans, Macy Gray juga antara yang paling ditunggu-tunggu para penonton yang juga terdiri daripada ramai pelancong antarabnagsa.

Artis-artis lokal sebelum Macy Gray sebelum itu ialah Alena Murang, Alextbh dan Joe Flizzow.

Nile Rodgers & CHIC mengakhiri festival dengan persembahan terbaik yang membuat para penonton kepada keriangan euforia. Nile Rodgers adalah antara ikon ulung dalam industri muzik Amerika dan juga kini penasihat bagi studio Abbey Road. Antara lagu persembahan mereka ialah ‘Lose Youself to Dance’ yang ditulis bersama Pharrell William dan Daft Punk.

Festival turut dihadiri oleh Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, isteri Tengku Mahkota Johor (TMJ).

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅