Beribu-ribu peminat My Chemical Romance (MCR) di Malaysia kecewa semalam 11/7/2025 apabila gagal mendapatkan tiket konsert MCR tahun hadapan walaupun telah menunggu awal sebelum masa pembelian.
Kegagalan dalam pertempuran MCR ini bukan kerana faktor kewangan atau lain tetapi kehadiran ulat-ulat ‘scalpers‘ yang mendominasi proses pembelian. Akibatnya, hak mereka untuk menyaksi dan meraih keriangan di Stadium Bukit Jalil 30/4/2026 dinafikan.
Ia menimbulkan kemarahan ramai peminat yang rata-rata bengang dan menyalahkan sistem tiket yang disifatkan masih terkebelakang, lapuk dan tidak memenuhi ekspektasi terkini para peminat.
Ia macam sistem 10 tahun lepas, tiada peningkatan dan improvasi’
Anda boleh sahaja melihat perkongsian-perkongsian kemarahan oleh orang ramai di Tiktok dan Facebook.
Antara perkata-perkara yang berlaku ialah:
– Laman web ‘crash‘ seawal 10.00am.
– Tidak dapat akses memasuki laman web, ‘queue’ hanya bermula sekitar jam 11.45-12.00 tengahari
– ‘Selected Seat is not available‘ walaupun menekan ‘seat’ yang masih kosong berulang-ulang kali
– Tidak dapat melepasi ‘Confirm Payment‘ setelah berjaya menempah tiket dan mengisi butiran
– Soalan pemeriksaan ‘bot’/pop kuiz (selepas mendapat giliran pembelian) yang mengelirukan sehingga menyebabkan sebahagian besar dibatalkan dan terpaksa bermula ‘queue‘ semula
– Tiket ‘free standing‘ habis dijual tidak sampai sejam, sesuatu yang agak meragukan (‘fishy‘) dan tidak munasabah. (Ada spekulasi ‘scalpers’ telah memegang majoriti ‘free standing‘ ini untuk dilepaskan dengan keuntungan berlipatkali ganda pada akan datang)
Dalam hal ini, ramai yang melepaskan geram kepada platform tiket Go Live Asia atas kegagalan menutup ruang scalpers. Spekulasi paling kuat ialah majoriti jumlah tiket sebenarnya dipegang oleh sindiket scalpers. Manakala tidak kurang juga yang beranggapan mungkin terdapat ‘persengkokolan’ yang berlaku.
Sesungguhnya, penjelasan harus diberikan bagaimanakah dalam era AI dan transmilenial sebegini, satu pengalaman muzikal yang sepatutnya meriah dan mengasyikkan bertukar menjadi perang survival??? (ni baru berul emo bro)
Terdapat penambahbaikan yang dicadangkan oleh para peminat untuk membanteras ancaman ‘scalpers’ ini daripada berulang.
Antaranya, menghadkan pembelian dengan syarat memasukkan nama mengikut Kad Pengenalan bagi setiap tiket. Ini mungkin langkah yang sangat efektif dan sesuai dilaksanakan bagi konsert artis-artis antarabangsa berprofil tinggi sahaja.
Bagi kebanyakan peminat, MCR adalah pengalaman pembelian tiket paling mencabar di Malaysia setakat ini. Mungkin masa depan, konsert atau festival tidak lagi menjadi sesuatu yang boleh mengujakan dan kita beransur-ansur menjauhkan daripadanya kerana rasa keghairahan itu telah lenyap direntap oleh sindiket-sindiket ‘scalpers‘.
Walau apapun, We’ll Carry On!
#ChivasAlexandria