Sesi Townhall Muzik Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Rancak, Banyak Input Pemain Industri Diterima

oleh Chiv Iscandar
985 bacaan

Sesi Townhall bersama Menteri Komunikasi & Digital, YB Fahmi Fadzil semalam di KLPAC berlangsung rancak dan sangat meriah dengan hampir 30 input langsung (direct) oleh pemain-pemain industri muzik tanahair diterima semasa ruang pertanyaan dan perkongsian.

Ramai pemain muzik tempatan telah hadir dan bersama-sama menyuarakan  input daripada pelbagai spektrum industri muzik, daripada sektor persembahan, rakaman hinggalah kepada pendidikan dan terapi muzik.

 

Terdahulu, YB Fahmi Fadzil menyentuh tentang ancaman ekstrim (‘rising tide of extremisme‘) seperti yang berlaku dalam konsert Blakpink baru-baru ini yang menurut beliau, jelas menghimpit keberadaan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara beraspirasikan demokratik dan moderate.

Antara isu berbangkit seperti kebolehpasaran karya ke luar negara, bayaran royalti yang masih rendah, kualiti karya, generasi muda artis-artis muzik dan pelbagai lagi yang diketengahkan. Ramai peserta juga terpaksa berbaris panjang untuk tampil memberikan idea, input dan sokongan semasa sesi berlangsung.

Semuanya banyak berkisar kepada pemerkasaan industri muzik Malaysia dan masa depan.

Manakala antara artis yang hadir seperti Pop Shuvit, Baggio Damasutra, Hassan Babylon, Ilham Pitahati, Joe Wings, Joe Burnmarks serta beberapa lagi nama besar.

Abang Hassan Babylon turut mengupas seperti kereta Proton yang menjadi kebanggaan negara dan juga banyak digunapakai di negara-negara luar, mengapa tidak muzik tanahair?

Dalam sesi itu juga, agensi My Creative Ventures turut memperkenalkan tiga dana berbentuk kandungan digital bagi menyokong pemerkasaan industri muzik tempatan.

Turut menerima anugerah malam itu ialah Sekumpulan Orang Gila (SOG) bagi program simfonik ESOJI, Northern Music Festival (NMF), Barbarik Pentas Keras dan beberapa acara lain.

Secara kesimpulan, semua pemain muzik tempatan sama-sama menyokong inisiatif dan komitmen kerajaan terhadap sektor muzik sebagai pemacu ekonomi negara.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅