‘Wordplay’ Rabak, SOG Tampil Misteri Dalam Video Lagu Baru [Tugu Ugut]

oleh Chiv Iscandar
2.9K bacaan

Post-Hardcore Malaysia, Sekumpulan Orang Gila (SOG) telah tampil dengan video muzik lagu terbaru mereka ‘Tugu Ugut’ semalam.

Lagu yang masih mengekalkan konsep Metalcore/ Post-Hardcore dengan sentuhan pop punk ini terus meneguhkan legasi karya-karya SOG yang hebat dan meneroka minda.

Saksikan video ‘Tugu Ugut’ (SOG pasti membuat anda ‘gila’ menontonnya):

Dimulakan dengan ala Paramore (apasal bassline padu sangat?) sebelum perlahan-lahan meletus ke post-Hardcore, lagu ‘Tugu Ugut’ benar-benar menguji estetika dan mencabar pemahaman.

Instrumentasi ala-ala Bring Me The Horizon (pasca-Sempiternal) dan visi melodik Like Moth To Flames juga kedengaran. Lagu ini antara dimuatkan dalam album terbaru mereka Second Voyage yang dijangka bakal dikeluarkan tahun ini sebagai kesinambungan album-album terdahulu ‘Bahtera’ dan ‘Dermaga’.

Misteri Tersirat Video

Di sebalik video lagu, ramai yang bertanya apakah maksud sebenar dan mesej yang cuba disampaikan SOG kali ini. Ini kerana mereka menampilkan berbagai-bagai metafora visual yang agak menggemparkan.

Apakah perkaitan antara metafora keris, bidak (catur), cermin, sosok sultan bertengkolok kuning (ala Sultan Nazrin Syah Perak) yang berubah menjadi lembaga syaitan dan adegan-adegan tikaman? SOG mungkin sedang memberitahu kita sesuatu, namun biarlah empunya karya yang merungkai dengan kita para pendengar bergelut dengan misteri.

Video lagu turut dibintangi personaliti model Intan Ladyana dan aktor Tony Eusoff yang juga peminat muzik Rock dan SOG.

Abstrak Nilai Kata

SOG juga telah mula kelihatan lebih bergaya dan ‘stylo’ dalam coretan dan pemilihan kata-kata. Perhatikan lirik lagu:

Tugu ku ugut, buangkan bunga, jatuh dan tujah, raga dan gara, masa yang sama, tegak akan kaget, darat yang datar, marak merakam, karut tukar, matikan hitam, hantu dan tuhan…..

‘Wordplay’ yang ganas, tetapi tersulam rapi dan jinak di telinga. Ia menonjolkan satu sisi asing SOG di sebalik daya kreatif muzikal mereka.

Menariknya, mereka tidak menggunakan klise retorik seperti ‘Hidup Merayu’, ‘Ayuh Bangsaku’ dan apa lanc*u bagai untuk mentakrifkan jati kemelayuan.

Dari segi komposisi muzikal, gaya lagu dan lirikal, SOG kini telah naik satu ‘level‘ yang sukar ditandingi mana-mana kumpulan Metal atau muzik keras era baru di Malaysia.

Percayalah, ini karya ulung yang perlu diperhalusi ‘makrifat’nya. 4:25 yang bermakna sebelum kemunculan album penuh terbaru mereka nanti.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅