
Kemelut nama XPDC kini terlerai apabila hanya lapan (8) ahli asalan diberikan hak dan kebenaran untuk menggunakan nama XPDC dalam mana-mana persembahan muzikal dan acara-acara berkaitan.
Dalam sidang media di Grand Barokah, Ampang, pemilik eksklusif Life Records telah mengumumkan hanya lapan (8) nama yang berhak iaitu (arwah) Mael, Izo, Zuar, Lee Space, Amy (drummer), Ali, Lola dan Yan (bass).
Berdasarkan senarai di atas, ini bermakna hanya dua (2) entiti yang dibenarkan dan berhak menggunakan nama XPDC di ruang khayalak iaitu XPDC Kita Peng Yu (arwah Mael, Zuar, Amy) dan XPDC Militia (Izo) kerana nama-nama tersebut berada dalam kedua-dua kumpulan.
Band Cetak Rompak
Isu timbul apabila terdapat kumpulan yang digelar sebagai ‘band cetak rompak‘ juga menggunakan nama XPDC sambil bebas mengadakan persembahan ke sana-sini dengan menggunakan nama yang sama. Bagi seluruh peminat XPDC, ia adalah amalan buruk kerana menunggang nama termasuk arwah Mael sendiri.
Menurut sumber, kumpulan terbabit juga sanggup mengenakan yuran yang rendah dan tidak masuk akal kepada penganjur-pengamjur fiesta serta merosakkan ekologi pasaran muzikal tempatan.
Dengan ini juga, sebarang penggunaan di khayalak selain lapan (8) di atas perlu membuat permohonan bertulis kepada pemilik, Life Records manakala bagi sebarang penyalahgunaan selepas ini boleh diambil tindakan undang-undang.
Dalam perkembangan lain, XPDC Kita Peng Yu bakal menggegar bumi Tawau, Sabah yang akan diadakan pada 26 Julai 2025 (Sabtu) di Dewan Masyarakat Tawau. Tiket-tiket serendah RM50 boleh didapati oleh semua peminat terutama Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan.
Perkara ini menunjukkan betapa pentingnya nilai hakcipta, harta intelektual dan originaliti. Ia memastikan urusan royalti dapat dibuat secara adil. Dan yang penting, inisiatif oleh XPDC Kita Peng Yu dan pihak Life Records ini juga dapat memberi edukasi kepada rakyat tentang kepentingan sosial menghindari produk-produk tiruan dan cetak rompak.
#ChivasAlexandria